Entries Stuff FACEBOOK TWITTER ASK.FM FOLLOW DASHBOARD
A F H A M D A U D

Assalammualaikum ! Terima Kasih kepada semua yang sudi ke dunia maya saya ,disini lah tempat saya mencurah kasih,idea,dan segala tentang kehidupan saya. Bersyukur sangat kerana ramai di antara kalian yang sudi membaca setiap entry yang saya cipta. di mana bagi saya entri saya tidak lah sehebat entri di blog blog yang terkenal. Saya AfhamDaud seorang yang pemalu tetapi riang dan peramah pada semua orang dan sedikit arrogant :D lawat jugak blog Tutorial Afham
SKYPE: afhamkopi94
Instagram
║▌│█│ Official Blog ®│█║▌│

Tagbord



Old Entries



Credits

Template 55% by AtinTory .
Thanks too by B A P.

Re-Edit By AfhamDaud
antara cinta dan cita cita


Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Mataku menjadi liat untuk ditutup. Aku sendiri tidak tahu malapetaka apa yang sedang menganggu jiwa dan benak fikiranku ini. Peluh oleh hangat malam kian deras mengalir keluar dari liang-liang roma. Tilam yang menjadi lapik tubuhku mula terasa basah. Malam kian hitam dan pekat seperti kopi '0' atuk.
Aku perlu memilih antara dua, cinta atau pelajaran. Memilih cinta bermakna aku akan mengundang kegagalan sekiranya gagal mengawal diri. Memilih pelajaran bermakna aku akan dapat mengejar impian menjadi seorang juruterbang. Memilih kedua-duanya? Bagaimanakah harus aku lakukan dua pekerjaan dalam satu waktu? Aku tidak mampu. Itulah persoalan yang bermain di benakku sejak akhir-akhir ini. Wajah Nur sering berulang tayang di fikiran. Malah kadang-kadang mengganggu tumpuan aku pada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. "Ah, mengapakah aku boleh tercampak ke lembah ini?" getus hati kecil Fakhrul.
Sesekali aku menatap jam di dinding. Pukul 12.30 pagi. Esok aku mesti ke sekolah seperti biasa. Kalau tidak aku pasti akan ketinggalan dalam pelajaran. Peperiksaan SPM tinggal dua bulan lagi. Mahu tidak mahu aku mesti tamatkan ulang kaji supaya aku tidak mengecewakan ibu bapaku. Aku tidak mahu menjadi anak yang mengecewakan ibu bapa. Aku mesti melakukan sesuatu untuk menebus kegagalan abnag yang pernah mengecewakan keluarga.
Jam berbunyi sekali. "Pukul satu pagi," getus hati Fakhrul. Fakhrul mula resah kerana matanya masih belum mahu lena. Dia bangun lalu menuju ke meja belajarnya. Dia mencapai buku Matematik Tambahan. Buku itu dibelek berkali-kali. Fakhrul melepaskan nafas lalu menghempaskan tubuhnya ke katil. Beberapa minit kemudian dia tidak sedar apa yang berlaku.
Sedar sahaja daripada tidur, jam dinding di biliknya menunjukkan pukul 7.45 pagi. Dia mengosok mata berkali-kali. "Ah, lambat lagi," katanya di dalam hati. Antara percaya atau tidak, dia bergegas ke bilik air, mandi sepantas kilat macam kambing yang takutkan air, ke bilik semula kemudian mengenakan uniform sekolah. Fakhrul bergegas mencapai basikalnya kemudian sepantas kilat berkayuh ke sekolah seperti jaguh lumba basikal dalam Le Tour De Langkawi.
"Asyik, asyik kamu sahaja yang lambat. Kenapa?" tanya Cikgu Syahran. Fakhrul tidak menjawab pertanyaan itu. Dia duduk di sebelah Fahim kemudian mengeluarkan buku teks Bahasa Melayu. Cikgu Syahran tercegat di depan kelas sambil menanti kalau-kalau Fakhrul akan menyatakan sesuatu. Penantian Cikgu Syahran sia-sia sahaja. Fakhrul bersahaja seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Sikap Fakhrul itu membuatkan Cikgu Syahran hilang sabar dan mengarahkan Fakhrul supaya dia menulis sebanyak 1000 kali perkataan yang dia 'tidak akan lewat lagi ke sekolah' di atas sekeping kertas dan menyerahkan setelah tamat waktu persekolahan nanti sebagai denda kerana lewat.
Fakhrul menurut sahaja arahan Cikgu Syahran tanpa sedikit pun bantahan. Dia malas untuk mengingkari arahan cikgunya itu kerana tahu jika dia mengingkarinya pasti dia akan dikenakan tindakan yang lagi. 
Loceng rehat berdering panjang. Seluruh warga sekolah keluar ke kantin untuk mengisi perut yang berkeroncong. Fakhrul menguap berkali-kali. Dia masih di mejanya menyiapkan perkataan "saya tidak akan lewat lagi ke sekolah" yang ada 999 kali lagi untuk di tulis sambil tersengguk-senguk menahan ngantuk. "Ehemmm, ehemmm!", Fakhrul tersentak dengan bunyi deheman yang bergema dari belakangnya.
"Cikgu Nadia!" terpacul keluar nama guru kelasnya itu dari mulut Fakhrul.
"Kenapa lewat lagi?" tegur Cikgu Nadia sambil tersenyum seperti kebiasaannya.
Cikgu Nadia terkenal sebagai seorang guru yang lemah-lembut dan sangat mengambil berat tentang diri pelajar-pelajarnya. Dia tidak akan marah secara membabi buta tetapi dia mengambil pendekatan mendekati pelajarnya. Agaknya sebab ini aku dan pelajar lain senang berbicara dengannya.
Cikgu Nadia bergerak dan duduk di hadapan meja Fakhrul. Perbuatan Cikgu Nadia itu membuatkan Fakhrul tersentak dari lamunannya. Dia cepat-cepat mengalihkan tumpuannya kepada pertanyaan Cikgu Nadia tadi.

"Maaf cikgu, saya bangun lambat" jawabku ringkas dan lemah.
"Tidur pukul berapa malam tadi?"
" Tak tahu. Sedar-sedar sahaja dah pukul 7.00 lebih."
"Lain kali jangan lambat lagi tau," jelas Cikgu Nadia seperti melontarkan nasihat kepada Fakhrul.
"Jumpa saya lepas waktu sekolah. Ada sesuatu yang hendak saya katakan," sambung Cikgu Nadia lagi.
Fakhrul bungkam seketika. Fakhrul berfikir kenapa Cikgu Nadia hendak berjumpa dengannya. Kalau kerana lewat ke sekolah, dia telah memohon maaf tadi. "Ah, apa yang nak dirunsingkan lebih baik aku ke kantin untuk mengisi perut yang dah berbunyi-bunyi macam-macam jenis lagu ini," bisik hati kecil Fakhrul. Dia bangun meninggalkan kelas lalu menuju ke kantin.
Setelah tamat waktu sekolah, Fakhrul pergi berjumpa Cikgu Nadia di bilik guru seperti yang di arahkan. Cikgu Nadia mengajak aku ke pondok bacaan dan duduk di situ. Aku memang gemar ke sini, di sinilah aku menghabiskan masa bertukar-tukar nota dengan kawan-kawan dan mengulangkaji pelajaran bersama-sama, tetapi tidak lagi sekarang kerana aku seperti tidak berminat dengan semua itu lagi.
"Cikgu harap Fakhrul jangan terlalu susah hati," kata Cikgu Nadia memulakan bicara.
Aku merenung tajam ke arahnya untuk beberapa ketika. "Tahukah cikgu Nadia aku sedang berperang dengan masalah yang aku cari sendiri?". Bisikku dalam hati.
"Cikgu juga pernah mempunyai keinginan seperti awak dan remaja yang lain sewaktu cikgu sebaya dengan awak dahulu sehingga tidak dapat membezakan mana yang lebih penting, mengejar cita-cita atau cinta dahulu".
"Cikgu juga pernah mengalami perasaan macam awak rasa sekarang. Namun, setelah beberapa ketika cikgu mula sedar bahawa harapan ibu bapa dan impian cikgu untuk mengikut jejak langkah orang yang berjaya lebih utama dalam usia muda dari melayani perasaan yang masih tidak bermatlamat itu. Malah cikgu merasakan cikgu harus bersama-sama dengannya untuk seiring mengejar cita-cita." Cikgu Nadia menarik nafas halus. Di hatinya berharap agar Fakhrul memahaminya dan dapat berfikir dengan sebaiknya. 
"Semangat tidak harus luntur, sekadar berhadapan dengan satu dugaan," katanya dengan penuh bersemangat meneruskan kata-katanya.
Semangatku semakin pulih mendengar kata-kata cikgu Nadia itu.
Fakhrul pula mula menilaikan kedudukan dirinya. Setelah menilai demikian, dia rnenggeleng-gelengkan kepalanya. Dia sedar, dia belumlah terlambat untuk membuat pilihan. Dia bertekad untuk membuang perasaan itu jauh-jauh dari fikiran dan hatinya. Apa yang penting sekarang adalah mengejar impiannya untuk terbang di awan biru.
"Terima kasih, cikgu!" ucap Fakhrul dengan nada penuh semangat dan gembira. Cikgu Nadia tersenyum membalas ucapannya itu.
*****
Fakhul bersiap-siap untuk ke sekolah. Jam di dinding masih menunjukkan pukul 7.00 pagi. Kata-kata cikgu Nadia beberapa hari lalu dijadikan azimat olehnya untuk membuat perubahan.
"Cita-cita mesti seiring dengan cinta", bisik hati kecilku. Aku memberikan tumpuan sepenuhnya ketika guru sedang mengajar. Aku sering bertanya kepada guru jika tidak memahami sesuatu topik yang di ajar.
Cikgu Nadia banyak membantu aku dalam pelajaran. Ketika subjeknya, cikgu Nadia banyak memberi peluang kepada aku untuk menjawab soalan yang diberikan. Kadang-kadang, cikgu Nadia akan membahagikan aku dan rakan-rakan di dalam kelas kepada beberapa kumpulan. Aku berasa seronok dengan aktiviti pembelajaran seperti ini kerana aku dapat berkerjasama dengan rakan-rakan sambil bertukar-tukar idea.
"Selepas waktu sekolah tunggu cikgu di pondok bacaan," kata cikgu Nadia kepada aku dan beberapa rakanku yang lain.
Kami bercadang untuk membuat study group sebagai persiapan untuk SPM yang bakal menjelang. Ini pun idea cikgu Nadia yang berbesar hati untuk mengorbankan masanya untuk membantu kami mengulang kaji pelajaran. Kata cikgu Nadia dengan cara ini kami akan lebih memahami sesuatu topik dengan lebih berkesan. Pelajar yang lebih bijak boleh membantu pelajar yang lemah.
Kata-kata semangat juga sering diucapkan oleh cikgu Nadia kepada aku dan rakan-rakan di dalam kelas setiap kali sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Teringat aku antara salah satu kata-kata cikgu Nadia yang kata cikgu dipetik dari kata-kata HAMKA, seorang nasionalis dan ahli akademik yang patut dijadikan role-model dalam kehidupan;
"Jangan takut jatuh, kerana yang tidak memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, kerana yang tidak pernah gagallah yang tidak pernah cuba melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua".
Fakhrul merenung ke kalendar yang berada di atas meja biliknya. Tarikh SPM tinggal 15 hari lagi. Fakhrul bersemangat untuk mengejar cita-citanya. Dia tidak lagi memikirkan tentang perasaannya pada Nur tetapi dia lebih selesa menjadikan Nur sebagai rakan belajar. Kedengaran lirik lagu See U Di IPT nyanyian kumpulan UNIC di putarkan di radio;
Santun pekertimu
Dan lembut tutur katamu
Menarik minatku
Untukku mendekatimu

Sepucuk surat ku tulis
Menyatakan harapan
Walaupun ku kebimbangan
Kau berbeza pandangan
Namun ku tetap menanti jawapan

Alangkah riangnya di hatiku
Luahan hasratku mendapat perhatian
Ku terima balasan darimu
Kau jua menyimpan perasaan

Warkahmu memberi kepastian
Hanya kejayaan menentu pertemuan
Setiap kali di akhir katamu
Kau selalu tulis See You D IPT

Guru selalu mengingatkan
Kita dilarang berkasihan
Ketika masih di alam persekolahan

Bangkit semangat keazaman
Memburu cita dan impian
Dengan segala kesungguhan
Ku timba ilmu pelajaran
Tinggal warkahmu menjadi kenangan

Betapa syukurnya di hatiku
Segala impian menjadi kenyataan
Terpancarlah cahaya gemilang
Kini kejayaan di genggaman

Andai kau kembali ku temui
Akan ku menuntut kata-kata dan janji
Kerna diriku masih mengingati
Kau selalu tulis See You D IPT

Lagu itu makin menyuntik semangat dirinya untuk berjaya.
"Ya, akan aku buktikan! See U Di IPT!", bisik hati Fakhrul sambil tersenyum.

Photobucket

0 Comment(s)

Newer Post
Older Post