A F H A M D A U D
Tagbord Old Entries Credits Template 55% by AtinTory . Thanks too by B A P. Re-Edit By AfhamDaud
| Selamat Hari Raya :khas dari AfhamDaud: ''ketika embun pagi membasahi ruang udara di setiap pelusuk dunia..terbaulah rasa segar yang amat tenang,aman dan mengamit memori di setiap ingatan dan tersentuh hati apabila harinya telah tiba..sekian lama sebulan berkorban menahan lapar dan dahaga serta mencuba untuk berusaha memperolehi berkat dan pahala di setiap amalan yang dilakukan oleh setiap manusia..bertungkus lumus mengejar pahala di malam 1001 bulan dimana kebanyakan kita ingin memperolehnya sesungguhnya sungguh bertuah kepada yang memperoleh dari-NYA.. kini telah tibanya kita bergembira di pagi syawal yang cukup indah dan haruslah kita bersyukur terhadap ilahi keatas kebesarannya kepada kita hambanya..'' ::AfhamDaud:: Assalammualaikum! mungkin aku tak dapat janji dekat korang yang aku akan dapat menghantar kad raya dekat sapa-sapa yang pernah aku janji bukan aku nak memungkiri janji tapi aku cuma tidak kesempatan sahaja harap semua faham akan situasi aku.. Disini aku berterima kasih kepada Allah kerana telah memperjodohkan aku dengan kawan-kawan yang sentiasa ada disamping aku tidak kira la dalam keadaan susah atau senang.. aku tidak mahu meminta apa-apa cuma aku memerlukan kasih sayang seorang kawan..aku tidak pedulikan harta,pangkat mahupun segala-segalanya kerana yang aku ingin cuma dapat di hargai dan di fahami oleh sahabat sahabat aku yang sentiasa ada di belakang aku yang sentiada memberi semangat dan nasihat kepada aku untuk teruskan kehidupan yang sangat mencabar kini.. Disini jua aku ingin menghulur tangan meminta maaf di atas kesalahan aku ,kesilapan aku, yang membuat semua sakit hati,iri hati,marah serta tidak tenang dengan kehadiran aku.. aku Mohamad Afham Bin Mohamad Daud ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas segala kesalahan di sepanjang perkenalan kita.. mungkin bagi semua mohon maaf sahaja tidak akan dapat memaafkan seseorang tetapi ingatlah memaafkan orang itu lebih mulia dari meminta maaf.! wahai sahabat handai semua aku ingin memberitahu mungkin perkenalan kita akan putus jua akhirnya tetapi percaya la aku akan tetap mengigati dan menyayangi diri kamu semua sehingga nafas aku yang terakhir.. jikalau aku pergi dulu dari kalian aku ingin satu perkara dari semua iaitu ingatlah aku dan saling nasihat menasihatilah sahabat sahabat kita yang pernah melakukan kesalahan jangan la menyelesaikanya dengan satu pergaduhan sehingga menyebabkan ikatan silarturrahim kian renggang sesama kita mahupun sesama islam atau pun bukan..kerna kita semua adalah hambanya.. Dibawah ini aku menyelitkan sedikit kad kad raya yang ingin aku berikan kepada semua akan tetapi apakan daya aku cuma manusia lemah yang tidak mampu untuk memberikannya kepada semua sahabat sahabat aku dan semua yang mengenali aku.. pilihla yang mana kalian suka dan ambila simpan sebagai kenangan dari aku walaupun ia tidak la bernilai akan tertapi hargailah ia kerna kenangan itu lebih bernilai dari segalanya.. ::kad raya direquest dari Ahli kami generasi 1994:: 1.nabila mansor 2.sarah misran 3.mohammed iqraq 4.jieha farisha 5.nurul afiqah 6.ahmad nur izzudin 7.muhammad haikal 8.domino's fyzah 9.fara diha 10.saqdi yunus 11.star pieza 12.ashraf kutcher 13.syadiq 14.hamiza juhari 15.wan nur raisha 16.mastura 17.ikmal 18.haizat 19.dyba 20.ezzatul 21.nina 22.adir heile 23.nurain mohamad 24.norhidayu shahbuddin +dan semua ahli KG94+ *sorry kepada yg tak di tag >>silakan la ambil ye<< >>banyak lagi Di Sini! 0 Comment(s) ← Newer Post
Older Post →
|