A F H A M D A U D
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Tagbord Old Entries Credits Template 55% by AtinTory . Thanks too by B A P. Re-Edit By AfhamDaud |
//Novel// Terima Kasih Cinta by Afham Daud ![]()
“AF!!” teriak Datin Maria
memanggil anak terunanya yang sering mengelamun sendirian. “Ha? Mama panggil Af
ke...?” Kata Affan Affendy kepada Mama kesayanganya. “Yelah sapa lagi , mana
ada orang lain selain kamu dekat rumah ni” Datin Maria memperli anaknya. “Mama
nak apa ni panggil Af?” Affan kebingunggan kerana selama ini Mamanya hanya
memanggil Cik Kiah saja kalau mahu kan apa – apa. Kerana Cik Kiah saja yang
tahu kehendak Mama nya itu, kerana telah lama berkhidmat dengan keluarganya
sejak dia kecil lagi. Tapi kenapa Mama panggil aku tertiba hari ni. Ada apa –
apa yang terjadi ke? Cik Kiah mana? . Bermacam perkara yang bermain di fikiran
Affan. “Bila kamu nak berkahwin? Umur kamu tu da cukup matang untuk mendirikan
rumah tangga , apa lagi yang tak cukup lagi dengan kamu , semua Mama sudah
berikan. Tak cukup ke untuk kamu menawan hati seorang wanita untuk dijadikan
isteri kamu Af...?” ceramah Datin Maria kepada anaknya yang kini telah mencecah
umur 27 tahun dan masih bujang , bukan dia hendak marah ataupun paksa anaknya
berkahwin tetapi dia mahu melihat anak tunggal kesayangannya mendirikan rumah
tangga sebelum dia menutupkan mata. “Eh! Apa Mama merepek ni, Af masih muda lah
Ma Af tak cukup lagi nak enjoy dengan
kawan – kawan Af , lagipun Af tak bersedia lagi nak kahwin – kahwin ni. Geli la
Ma nak jatuh dalam hal cintan – cintun ni Ma.” Kata Af kepada Datin Maria ,
yang asyik melihat gelagat anaknya yang degil.”Hmm.. suka hati kamu lah ! tapi
Mama nak tahun depan kamu dah bernikah. Faham?” kata Datin Maria. “TAHUN
DEPAN?! “ Affan terkejut. “Ye tahun depan kenapa?. Tak cukup ke Mama bagi masa
setahun untuk kamu cari pasangan hidup?.” “Err.. tak tak cukup Ma , nanti Af
akan cari Ma jangan risau okay?” Affan mula risau mana dia nak cari makwe dalam
masa setahun dengan sikap dia yang suka jual mahal.
“Wei Af..!” tepekik Zack
memanggil nama Affan. “Ha..? ye ye kenapa?. “ Affan kebingungan. Dek terkejut
dengan jeritan kawan karib nya Zakwan, dimana kawan dia sejak dari kecil lagi.
“ Kau tu la dah kenapa.. aku panggil dari tadi. Kau buat tak tahu je..?” Zack
kehairanan , sambil melihat kawan karib nya itu masih lagi termenung. Macam
banyak perkara yang sedang menganggu fikiran kawan nya. Apa lah yang sedang
bermain di fikiran Af..? Zack ingin tahu.. “ Wei Af kau ni dari tadi aku tengok
termenung je.. kau okay tak ni..?” Zack mula menyoal dengan perasaan ingin tahu
apa yang sedang kawanya termenungkan. “Haa.. tak aku teringat kata – kata Mama
aku hari tu. Ada ke patut dia suruh aku cari awek untuk aku kahwin tahun
depan..? kau pun tahu kan, yang aku ni mana lah suka dalam hal – hal cinta ni
Zack..” kata Affan. // bersambung...
0 Comment(s) ← Newer Post
Older Post →
|